Kisah Cinta PLKN

        seorang perempuan yang dahulu kecundang dalam percintaan bertemu seorang lelaki di PLKN . pertemuan pertama bermule di dalam kelas . Kebetulan satu group . Pertemuan kedua di dewan makan untuk menyiapkan bendera kompeni . kebetulan juga satu group dengan si lelaki ituu . hmm adakah ini adalah petanda ? lama kelamaan lelaki itu mule mendekati perempuan itu . mendekati dengan cara kasar . mengejek perempuan  itu dengan perkataan KETEK . walaupun perempuan itu berasal dari temerloh tapi perempuan itu tau perkataan itu mungkin mmbawa maksud lain yang lebih tepat lagi untuk menyakiti hatinya . hari saban hari berlalu dengan pertengkaran antara perempuan itu dengan lelaki tersebut . setiap kali berjumpa ada sahaja yang berlaku . terpakse bekerjasama dengan lelaki itu kerana kompeni yang sama . pada suatu petang perempuan itu sibuk untuk menyiapkan kerja di atas pentas . datang lelaki itu terus terusan mengejek beliau . tanpa disedari perempuan tersebut terbaling pen yang dipegang nye tepat terkena muke lelaki tersebut . dalam hatinya berkata padan muke kau gile !!! . setiap hari bertemu saja dengan lelaki tersebut . satu kelas dengan dia . satu group dengan dia . kalau tidak bergaduh memang bukan mereka . setiap kali masuk kelas . perempuan itu memang kelihatan bosan . terus diambil kotak untuk melentokkan muke atau lebih tepat itu layan mimpi . tetapi malang selagi bersama group dengan lelaki tersebut . hidup nya takkan tenang . lelaki itu terus menarik kotak menyebabkan perempuan tersebut memukul lelaki itu .

       tanpa menyedari sudah dua minggu mereka bersama . lama kelamaan perasaan benci bertukar menjadi perasaan sayang . lelaki yang dahulu nya bersikap jelek berubah kepada sikap seorang lelaki paling romantik . suatu hari di dalam kelas lelaki tersebut mengeluarkan cincinnya dan memberi kepada perempuan itu . bagi perempuan itu adkah aku perlu membuka hatiku untuk dia ? akhirnya perempuan itu menerima tetapi malang nya apabila perempuan itu dapat tahu lelaki yang dia mulai sayang bermain surat layang dengan perempuan lain . perasaan marah meluap luap bagai gunung berapi . apabila lelaki itu menyedari sikap dingin perempuan tersebut yang langsung tidak bertegur dengan nya seharian . lelaki itu pelik dan akhirnya lelaki itu mengetahui punca nya .perempuan itu menerima surat yang mengatakan ini semua salah faham . dia hanya menjadi posmen kepada kawannya . berbagai cara dia cuba untuk memujuk perempuan itu . beribu surat dikirimkan akhirnya perempuan itu megalah dengan sikap sabar lelaki tersebut .

     hari saban hari berlalu indah bagi perempuan itu . mempunyai lelaki yang caring romantik membuatkan dia berasa dia lah wanita paling bahagia . setiap petang riadah bersama . lepak di tasik bersama . lelaki tersebut membeli aiscream asam kepada nya . makan bersama sama . pada waktu malam lelaki tersebut membeli burger kepada nya ataupun setiap malam lelaki itu membelikan twisties tomato dengan air tin . sebelum masuk tidur lelaki itu menunggu perempuan itu di surau semata mata ingin mengucapkan goodnite and iloveyouu kepada perempuan tersebut . setiap malam ! suatu hari perempuan itu tidak mempunyai suara mungkin kerana icecream yaang sering dimakan nya . lelaki itu lah yang paling risau . membeli coklat kepadanya untuk menyembuhkan suara nya . setiap hari bertanya adakah suara perempuan itu kembali pulih . tetibe perempuan itu demam . perempuan itu dibawa ke medic untuk diberi ubat . apabila perempuan itu balik dengan memegang berbagai jenis ubat lelaki itu lah yang paling risau . berbagai soalan ditanya . kenapa ni ? sakit apa ? sihat tak ?


      cuti semester bermule . perempuan tersebut terpakse balik temerloh manakala lelaki itu balik kluang . hanya mesej and call sahaja penyambung mereka . apabila cuti semester tamat . lelaki tersebut berjnji untuk menjadi imam solat nanti . bertapa bersyukur nya apabila wanita itu menjadi makmum kepada lelaki yang disayanginya . ke esokkan harinya lelaki tersebut mmberi hadiah kepada perempuan itu . apabila fokus utama kepada teddy bear yang sangat comel . ada teddy bear ada cincin and ada minyak wangi wanita . perempuan itu tersangat lah gembira . setiap malam wajib perempuan itu memeluk teddy bear yang diberi oleh pujaan hatinya . pada suatu hari di dalam kelas perempuan itu selsema dan kehabisan tisu . lelaki itu menghulur kan towel kecik nya kepada perempuan tersebut .

       
       setiap hari mereka bersama . menghadapi cabaran di PLKN . lelaki tersebut ketua kompeni . setiap hari perempuan itu melihat pujaan hatinya berbaris di hadapan . apabila dapat mengetahui befday lelaki tersebut . perempuan itu mempunyai idea untuk menyambut befday itu . kebetulan ibu perempuan itu datang ke PLKN untuk melawati perempuan itu . perempuan itu memesan kek untuk dibawa kepada ibunya . apabila ibunya datang ibunya teringin untuk melihat lelaki mana yang telah mencuit hati anak nya . lelaki tersebut datang berjumpa ibu perempuan itu . untuk memohon restu lah konon . huhuhu .


    hari berlalu begitu cepat sehingga tiba lah hari perpisahan . majlis perpisahan diadakan . kebetulan yang sering saja kebetulan bagi mereka apabila memakai baju warna yang sedondon . perempuan tersebut memakai baju kurung putih manakala lelaki itu memakai baju melayu putih . bagai baru lepas akad nikah . hahaha . sebelum lelaki tersebut berangkat pulang dia telah menghadiahkan wanita itu dua kemeja miliknya dan minyak wangi miliknya yang sering dipakainya ketika berada di dalam kem . akhirnya berlalu lah pergi kereta milik lelaki tersebut . wanita itu hanya memandang dengan air mata . adakah lepas ini mereka akan bertemu kembali ??


   hanya telefon sahaja tempat mereka berhubung . selama sebulan mereka berhubung dengan telefon . perempuan itu jauh di pahang manakala lelaki itu jauh di johor . kesetiaan masih terpahat di hati perempuan itu walaupun berjauhan . selepas itu lelaki itu mendapat khabar berita yang baik . dia dapat melanjutkan pelajaran di muadzam . tempat mereka bertemu dahulu . tidak jauh kem PLKN muadzam dengan poli muadzam lelaki itu . perempuan itu dengan berusaha untuk apply belajar di kuantan supaya lebih dekat dengan lelaki tersebut . tetapi malang nya tiada rezeki untuk perempuan itu . dia dapat tawaran belajar di Kl . selama beberapa minggu lelaki itu masuk poli sikap lelaki itu berubah . dahulunya setiap pagi ada je mesej morning sayang . tetapi sekarang tidak lagi . mesej pun macam nak taknak je . perempuan itu perasan akan perubahan lelaki tersebut .tetapi disebabkan perempuan itu terlalu sayang akan lelaki tersebut . dia menolak perasaan tidak enak itu .


      akhirnya 2 hari selepas berpuasa lelaki itu meminta untuk tidak meneruskan hubungan ini . hati wanita mana yang tidak sakit . berbagai kenangan manis pahit di PLKN berlayar di fikiran . hanya air mata yang mampu terkeluar . bagi perempuan itu dia kecundang lagi dengan percintaan . lelaki itu terlalu kejam baginya . dengan berbagai janji lelaki itu tabur tetapi dia ditinggalkan . barang barang yang di beri lelaki itu tidak pernah sekali pun disentuh oleh perempuan itu . terlalu sakit untuk menerima kenyataan . betul lah kata orang cinta PLKN hanya lah cinta KONTRAK . apabila keluar sahaja dari PLKN sume kenangan itu akan hilang dan mereka akan membawa haluan masing masing . semoga wanita tersebut ketemu dengan lelaki yang benar benar mencintainya :'(
THANK YOU FOR READING HERE